Kedua-duanya meraih hadiah wang tunai RM15,000
TUAH berpihak kepada peserta Melaka, Shaidatul Nadira Shaharum, 20 dan Danie Hasbullah Mohd Razi, 16 dari Selangor) apabila menjuarai kategori wanita dan lelaki dalam pertandingan akhir Bintang Klasik Nasional di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, malam Ahad lalu.
Persembahan Shaidatul ternyata mempersonakan penonton selain menarik perhatian juri dengan menyampaikan lagu Yang Ditunggu Tak Tiba, nyanyian asal Puan Sri Saloma, ciptaan Datuk Ahmad Nawab.
Ketika ditemui, Shaidatul yang juga penuntut di Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka sudah menjangka kemenangan pada malam itu adalah miliknya.
“Ternyata kesungguhan saya tidak sia-sia kerana berjaya dinobatkan sebagai Juara Bintang Klasik Nasional. Saya sentiasa mencari peluang untuk menonjolkan diri dalam bidang ini. Setiap kali terbabit dalam nyanyian, saya pasti mempamerkan yang terbaik.
“Kemenangan ini akan dijadikan landasan untuk bergelar penyanyi dan memeriahkan lagi persada hiburan tanah air kita,” katanya yang pernah menjuarai Bintang Melakafm 2005 dan 2008, serta pemenang nyanyian kategori solo pada 2003 hingga 2007.
Bagaimanapun, katanya, minat dalam nyanyian tidak akan sesekali mematahkan semangatnya untuk bergelar guru.
Bagi peserta termuda, Danie Hasbullah yang menyampaikan lagu Jauh-Jauh menyifatkan kejayaannya itu di luar jangkaan kerana menerima saingan sengit daripada peserta yang mengambil bahagian.
“Saya menerima sokongan sepenuhnya daripada keluarga dan kemenangan ini adalah hadiah untuk mereka. Selepas ini, saya ingin menyertai sebanyak mungkin pertandingan nyanyian untuk menimba pengalaman sebelum bergelar penyanyi dan merakamkan album sendiri,” katanya.
Kemenangan itu membolehkan Shaidatul Nadira dan Danie Hasbullah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 berserta trofi dan sijil penyertaan.
Saingan tempat kedua dimenangi peserta Perak, Fitri hakim Omar Walid, 17 yang menyampaikan lagu Tiada Esok dan membawa pulang wang tunai RM10,000, beserta trofi dan sijil penyertaan.
Tempat ketiga milik peserta Sabah, Fazrul Misran, 24, menyampaikan lagu Hanya Bintang-Bintang, menerima RM5,000.
Manakala naib juara perempuan, Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin, 21 (Kasih Hilang Sekejap) dan ketiga, Norakmazulaika Abd Khalid, 19 (Perpisahan). Hadiah peserta kategori wanita sama dengan hadiah diterima oleh peserta lelaki.
Hadiah disampaikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais. Pertandingan anjuran stesen radio, Klasik Nasional di bawah naungan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini, membabitkan 12 peserta yang berjaya dicungkil daripada peringkat saringan sejak Mac hingga Mei lalu.
Turut bersaing dalam pertandingan akhir itu, ialah Hasfareza Harun, ang menyanyikan lagu Air Mata Di Kuala Lumpur; Muhammad Fadzli Abdul Wahab (Malam Terakhir); Siti Nirzawati Mohd Shom (Kekasih Pujaan); Syamsul Nizam Ali (Berikanlah Sinarmu); Merazan Mechang (Jika Ku Tahu) dan Florence Lo (Kini Hatiku Telah Tertawan).
Persembahan semua peserta diadili Datuk Johari Salleh, Aishah, Datuk Ahmad Nawab, Fauzi Marzuki dan Datuk Mokhzani Ismail, selaku Ketua Juri.
Penonton turut dibawa mengimbau lagu nostalgia menerusi persembahan daripada Liza Aziz, Latiff Ibrahim, Anis Salwa Alaudin dan Muhaizam Ahmad (Bintang Klasik Nasional 2007), Sabihah Abdul Wahid dan Azwan Sahdi (Bintang Klasik Nasional 2008), Norzarina Nordin dan Azizul Haqim Md Anuar (Bintang Klasik Nasional 2009), Emily dan Lakshman (Bintang Ai Minnal 2010).
Petugas RTM tidak mesra media?
DI sebalik kemeriahan pertandingan akhir Bintang Klasik Nasional 2010, berlaku beberapa insiden yang kurang menyenangkan kepada wakil media. Ini bukan pertama kali berlaku. Kejadian yang sama juga berlaku ke atas petugas media ketika membuat liputan untuk program Rentak Juara di tempat yang sama pada Julai lalu.
Ketika itu, pihak yang mendakwa urus setia tanpa usul periksa memarahi media kerana kononnya duduk di tempat salah sedangkan kerusi yang disediakan memang dikhaskan untuk media.
Sekalipun, ada kesilapan tidak sebesar mana, petugas berkaitan tidak perlulah bercakap kasar.
Pada pertandingan akhir Bintang Akhir Klasik Nasional 2010, media terpaksa berebut tempat duduk dengan orang awam, walaupun tempat khas sudah disediakan.
Ada antara rakan media yang terpaksa bersesak duduk di atas lantai. Lebih memeranjatkan, ada petugas RTM boleh mengetuk kepala rakan media, kerana dikatakan mengganggu pandangan kamera ketika siaran langsung dijalankan. Kenapa tidak mencuit bahu sahaja berbanding menyentuh kepala?
Adalah lebih baik, teguran diberikan kepada petugas media berkenaan secara baik, bukannya terus mengambil tindakan sebegitu. Walaupun pihak bertanggungjawab sudah memohon maaf, perkara itu tidak sepatutnya berulang di masa hadapan.

Sumber : Berita Harian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment